Perlawanan akhir telah diadakan di Stadium Kompleks Sukan Tuanku Faizuddin Syed Putra, UiTM Arau, Perlis menyaksikan pertembungan pasukan Sabah menentang pasukan Selangor 'A'. Pada perlawanan akhir tersebut, kemenangan terpaksa ditentukan dengan penentuan sepakan penalti dan telah dimenangi oleh pasukan Selangor dengan keputusan 5?4, diikuti tempat ketiga bersama oleh pasukan Kedah dan Pahang. Pemain Terbaik disandang oleh Shahrizal bin Enin dari pasukan Sabah manakala Azmi Alli juga dari pasukan Sabah dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak Kejohanan manakala Pasukan Terbaik dimenangi oleh pasukan Kedah. Majlis Perasmian Penutupan telah diakhiri dengan 32 das tembakan bunga api.